LobakMerah ialah laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari. Lobak Merah ialah laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari. Facebook; 'Delete' Gambar Nikah, Netizen Spekulasi Rumah Tangga Noor Nabila & Engku Emran Bergolak? ArtisMalaysia Dada Saya Lebih Besar Daripada Otak Facebook from artis malaysia berpakaian seksi yang tular di tahun 2018. Gambar artis malaysia berkemban paling seksi 15 foto. 10 artis wanita malaysia yang paling seksi di instagram. No 10 tu masih mencetus tanda tanya netizan! Artis wanita malaysia seksi 2018 di instagram. Gambar4.2.17 Halaman Rumah Melayu 80 Gambar 4.2.18 Ukiran pada Ruangan Tengah Rumah 81 Gambar 4.2.19 Pemasangan Kayu Berpasak 83 Gambar 4.2.20 Motif Itik Pulang Petang pada Sisi Tangga 84 Gambar 4.2.21 Bumbung Berbentuk 'A' 85 Gambar 4.2.22 Serambi Rumah 86 DiMalaysia, konsep rumah pasang siap IBS agak baru, tetapi ia telah digunakan secara meluas di negara lain di dunia. Contohnya, di Eropah, pasaran rumah pasang siap telah lama bertapak, manakala Sweden pula merupakan peneraju rumah pasang siap global yang telah menghasilkan komponen pasang siap untuk lebih daripada 80% rumah. Gambargotong royong, gambar animasi gotong royong di rumah, gambar gotong royong membersihkan lingkungan, gambar gotong royong kartun hitam . Penting sekali mengecek kondisi selokan agar tidak ada sampah yang menumpuk. Sebelum liburan, di sekolah pasti diadakan kegiatan gotong royong membersihkan lingkungan sekolah. 7Printer Gambar Terbaik & Berkualiti. HP Color LaserJet Pro M155nw. Canon PIXMA iP2770 Single Function Color Inkjet Printer. Epson L3110. Canon Selphy CP1300. Epson EcoTank L3150. Fujifilm Instax Share SP-2. HP Sprocket 2 in 1 Printer. GF57QFs. Landed vs Strata1. Rumah Teres2. Rumah Berkembar3. Banglo4. Flat5. Apartment6. Serviced Apartment7. Kondominium8. Townhouse9. SOHO Small Office Home Office10. SOFO Small Office Flexible Office11. SOVO Small Office Virtual OfficeSaya Nak Beli Rumah…Ada orang suka rumah atas tanah, ada sedikit ruang untuk bercucuk tanam & wujud suasana berjiran yang kondusif. Yalah, kalau ada jiran senang nak minta tolong itu ini. Ada jugak rumah landed yang takde pagar, lagi mudah nak redah rumah kurang juga yang suka tinggal rumah bertingkat-tingkat. Nak privacy katanya. Pergi kerja, balik kerja, duduk dalam rumah diam-diam. Taknak bergaul sangat dengan orang sekeliling. Juga disebabkan harga rumah jenis ini lebih murah jika dibandingkan dengan rumah vs StrataJom kita fahamkan dahulu istilah yang atau atas tanah, rumah akan dibina dengan satu tingkat, dua tingkat, tiga tingkat dan bagi rumah jenis ini dimiliki secara persendirian oleh pemilik rumah tersebut geran individu.Strata atau level, rumah dibina bertingkat-tingkat di sebuah kawasan tanah. Dan setiap tingkat akan terdapat beberapa unit bagi rumah jenis ini dimiliki secara perkongsian dengan semua pemilik unit rumah tersebut strata title/geran strata.Sekarang kita tengok pula jenis-jenis rumah yang ada di Malaysia1. Rumah TeresBentuk rumah teres macam sandwich disebabkan tiada ruang kosong antara rumah jenis ini. Di kiri atau kanan rumah pasti ada sebuah rumah lain. Sedikit tanah kosong terdapat di belakang atau di depan rumah teres, yang biasanya akan digunakan untuk bercucuk-tanam, sidai baju dan ruang tempat letak kereta. Kalau nak luas sikit, tambah duit sikit untuk dapatkan rumah corner berjaya dapat corner lot memang meriah, ruang tanah yang besar di tepi rumah boleh bina swimming pool kecil-kecilan dan sesekali berBBQ dengan keluarga. Biasanya rumah corner lot ni ruang keluasan hampir dua kali ganda daripada rumah teres Rumah BerkembarJenis rumah landed yang kedua iaitu rumah Semi-Detached Semi-D atau rumah berkembar. Rumah jenis ini bersebelahan dan melekat di tengah. Di tepi yang bertentangan akan ada ruang kosong yang biasanya pemilik rumah akan tambahkan tempat letak kereta, berkebun, landskap dan sebagainya. Ada juga pemilik rumah yang membuat pengubahsuaian dengan menambah bilik atau besarkan BangloKebiasaannya rumah banglo dimiliki oleh golongan berada. Rumah banglo akan mempunyai kawasan yang agak luas di sekelilingnya dan jarak di antara satu rumah dengan rumah yang lain pun agak jauh. Rumah banglo juga dikenali sebagai detached rumah banglo seharusnya menggunakan keluasan di sekeliling rumah dengan baik seperti bercucuk tanam, membina tempat untuk beriadah, kolam renang dan FlatFlat biasanya dibina dalam satu kawasan tertutup dan mempunyai beberapa blok dengan setiap blok mempunyai 3 ke 14 tingkat atau lebih. Rumah jenis ini adalah rumah yang paling murah dan kebanyakan rumah jenis ini adalah kos rendah. Terdapat rumah flat yang ada kemudahan deretan kedai, taman permainan, dewan komuniti dan rumah flat hanya memiliki ruang koridor di luar rumah dan dikongsi dengan pemilik sebelah menyebelah. Parking kereta pula siapa cepat dia dapat, kereta double parking tanpa tarik handbrake tu perkara ApartmentKeluasan apartment lebih besar daripada flat samada di dalam atau di luar rumah. Dari segi harga pula, boleh dikatakan apartment berada di dalam lingkungan kos sederhana dan lebih murah berbanding apartment memiliki keseluruhan dan kawasan di depan unitnya. Antara kemudahan yang disediakan termasuk pengawal keselamatan, ruang letak kereta berbumbung, kolam renang, gymnasium, kedai runcit dan Serviced ApartmentE&O Residences Kuala LumpurPada kebiasaannya serviced apartment ini lengkap dengan perabot fully furnished dan penuh dengan kemudahan kepada penduduk seperti tempat letak kereta persendirian, kolam renang, gymnasium dan sebagainya. Biasanya serviced apartment terletak dibandar- bandar seperti menyewa di hotel, tetapi mempunyai ruang yang lebih besar dan dapur untuk KondominiumKondominium adalah rumah strata yang paling mewah. Rekabentuknya lebih moden, luas dan kemudahan yang disediakan lebih mewah, sistem keselamatan juga lebih baik daripada rumah flat dan apartment. Jarak antara unit rumah juga biasanya tidak serapat apartmen jiran jauh-jauh.Setiap pemilik biasanya dibekalkan dengan kad akses untuk memasuki kawasan kondo. Setiap unit akan diberikan ruang letak kereta berdaftar. Kondo juga mempunyai clubhouse yang terdapat swimming pool, gym, surau, kedai, pejabat pengurusan, kedai dobi dan pelbagai kemudahan lain. Kondo juga boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu standard, penthouse dan kos lain yang terlibat bila beli kondominium adalah perlu bayar maintenance fee setiap TownhouseSumber gambar IOI PropertiesTownhouse adalah satu jenis rumah yang agak menarik merupakan gabungan di antara strata dan landed. Rumah townhouse biasanya 2 tingkat atau lebih. Uniknya townhouse ini kerana rupanya seolah-olah rumah teres tapi setiap tingkat ada unit yang tidak bersambung antara satu sama rumah akan memiliki pintu rumah berbeza dan bahagian letak kereta sendiri. Untuk rumah townhouse 2 tingkat, kawasan sekitar rumah akan dibahagi dua tetapi rumah townhouse lebih dari 3 tingkat tidak mempunyai kawasan yang luas sama seperti rumah strata contoh rumah townhouse adalah projek Sunway Montana di Desa Melawati yang berharga SOHO Small Office Home OfficeKerja dan tempat tinggal digabungkan kedua-duanya, jadilah SOHO. Sesuai untuk orang bujang yang bekerja daripada rumah dan mempunyai waktu kerja yang fleksibel, bolehlah menetap di SOHO. Bangun tidur je, terus masuk SOFO Small Office Flexible OfficeSOFO pula menawarkan fleksibiliti daripada segi tempat tinggal yang boleh bertukar kepada ruang pejabat dan sebaliknya. SOFO biasanya tiada dinding atau partition yang memisahkan, maka ia boleh berubah dengan SOVO Small Office Virtual OfficeSOVO pula lebih sesuai bagi syarikat yang baru nak bermula, di mana ia mempunyai semua kemudahan untuk tujuan komersial. Tetapi yang kurang enaknya, semua bil adalah pada kadar komersial dan lebih mahal daripada kadar Nak Beli Rumah…Nak beli rumah ni, tak kira lah rumah jenis apa pun; asalkan ia mengikut kemampuan masing-masing. Kalau rasa hanya mampu beli rumah flat, beli terus asalkan ia milik kita. Nak beli rumah perlukan downpayment yang tinggi dan instalment bulanan selama berpuluh tahun lamanya, jadi jangan tersilap beli rumah. Setiap orang pastinya ada impian memiliki rumah sendiri dengan konsep tertentu. Kediaman yang canggih, moden dan futuristik, antara yang popular. Siapa yang tak nak, kan? Namun atas faktor kewangan, modal dan sebagainya, impian itu terpaksa ditangguhkan dan rumah kampung berdindingkan kayu dan papan menjadi pilihan. Tapi, jangan tak tahu, kalau kena gayanya, rumah kampung pun boleh jadi teramat indah! Apa Indahnya Rumah Kampung? Keindahan rumah kampung bukan sahaja terletak pada seni dan fungsi reka bentuknya. Kawasan persekitarannya juga memainkan peranan penting. Bayangkan, ruang laman yang luas dikelilingi tanaman segar seperti cili, kunyit, serai, pandan dan lain-lain. Ditambah lagi dengan deretan pohon melambai tinggi seperti pokok pinang dan kelapa. Bertambah syok lagi kalau berhadapan pula dengan sawah padi terbentang indahnya hidup! Walaupun rumah kampung seringkali dikaitkan dengan golongan berpendapatan rendah, tradisional, jauh dari hiruk pikuk bandar, terletak di kawasan berkepadatan rendah dengan kemudahan terhad, ia bukanlah halangan. Kerana sebenarnya, rumah kampung juga boleh dimodenkan menggunakan kreativiti dan modal yang tak banyak. Boleh bayar dan buat, orang kata. Kalau anda perasan, rumah papan di kawasan kampung semakin lama semakin susah dijumpai. Ini kerana ramai yang dah upgrade ke rumah batu menggunakan kepakaran sendiri mahupun bantuan profesional. Ada tanah, ada batu bata, ada duit semuanya boleh buat! Tak salahpun beri sentuhan sendiri dengan guna daya imaginasi anda untuk hasilkan rumah idaman dengan bahan kos sederhana. Jadi, kami senaraikan di bawah tujuh inspirasi yang boleh digunakan untuk memodenkan rumah kampung anda! 1 Kontemporari Gaya kontemporari antara konsep dekorasi yang menyerlahkan keunikan tersendiri, selain memanfaatkan keluasan ruang kediaman yang ringkas, ia masih tampak kemas dan menarik. Walaupun dari luar ianya nampak sempit, namun dengan konsep ini, ruang yang kecil boleh tampak luas. Konsep ini sesuai bagi penghuni yang mementingkan kesederhanaan dan tak berlebihan. Material kayunya masih jelas kelihatan, kemudiannya disuntik elemen lain bagi menambah ciri moden seperti mainan warna, susun atur perabot dan lain-lain. Pemilihan warna asas, elemen warna bumi sebagai gabungan sekunder dan warna tertier yang dramatik juga dipentingkan. Kemudian ditambah dengan pemilihan material besi, kaca, sedikit suntikan kayu untuk menonjolkan lagi konsep kontemporari. Orang tengok mesti kagum! 2 Minimalis Ringkas, tersusun dan tak berlebihan. Itulah konsep minimalis dan sesuai digunakan untuk memodenkan sebuah rumah kampung. Konsep minimalis tak memerlukan perabot dan perincian yang banyak. Warna cat yang sesuai dengan konsep ini selalunya gabungan warna-warna neutral. Gabungan warna neutral ni mampu menyerlahkan nilai estetika sebuah rumah kampung yang ringkas namun menawan. Konsep minimalis di rumah desa menggunakan asas binaan berkayu terilham daripada konsep Rumah Melayu lama dengan sentuhan moden. Cantik, ringkas tapi masih mengekalkan seni warisan berzaman. Kan menakjubkan? 3 Rumah Panggung Moden Kebanyakan rumah kampung Melayu yang wujud adalah daripada jenis Rumah Panggung. Rumah Panggung mempunyai ciri utama sinonim dengan “rumah kampung” iaitu didirikan atas tiang-tiang. Bukan suka-suka ya, ia bertujuan untuk mengelak daripada haiwan liar dan banjir, menghalang pencuri, serta meningkatkan pengudaraan. Kebiasaannya, Rumah Panggung mempunyai empat elemen utama Rumah Melayu Tradisional, iaitu tangga, bumbung berbentuk vernakular, pengudaraan melalui reka bentuk tingkap serta bumbung berhiasan. Jika dahulu, tiang dan tangganya diperbuat dari kayu, sekarang anda boleh menggunakan batu bata sebagai sentuhan moden supaya konsep ini nampak lebih elegan. 4 Moden Zaman sekarang, rumah kampung tak macam dulu lagi. Ini disebabkan penghuninya sebenarnya ramai “orang bandar”, maka mereka mementingkan keselesaan selain daripada hiasan tradisi, lalu terbentuklah rumah kampung stail moden! Walaupun masih mengunakan kayu dan papan, seperti rumah di bawah, ia juga menggunakan bahan seperti kaca di bahagian pintu dan jendelanya. Selain itu, impak moden pada rumah ini juga ditonjolkan melalui bahagian bumbungnya. Tidak dilupakan susun atur dan dekorasi di bahagian serambi rumah, seperti bunga gantung, kerusi panjang serta perhiasan menjadikannya ianya unik namun masih mengekalkan identiti rumah kampung. 5 Stail Kabin Kenapa tak boleh? Di Malaysia, rumah kabin atau rumah kontena adalah kediaman alternatif yang dibina menggunakan kontena kapal. Jadi, jangan terkejut pula kalau terjumpa sebuah rumah kampung dibina dengan kontena dan saiznya boleh tahan kecil. Selalunya, saiznya sekitar 20 kaki x 10 kaki saja, tapi bukanlah sepenuhnya besi kontena. Ia masih mempunyai bahan-bahan seperti papan dan kayu jati. Ia juga dimodenkan dengan penggunaan batu, simen dan besi hollow bagi mengukuhkan asasnya. Dindingnya pula dibina menggunakan papan fascia dan papan gipsum untuk pemisahan ruang dalam rumah. Seperti perkongsian dari Puan Mahwiza ini, dengan kos kurang dari RM65,000, rumah kabin kampung yang terletak di Negeri Sembilan ini siap hanya selepas 5 minggu. Cantik juga kan! 6 Kotej Inggeris Seperti Tiny Boutique Habitat di Cameron Highlands, sebuah homestay atau inap desa yang popular dengan konsep Kotej Inggeris English Cottage, rumah kampung anda juga boleh terinspirasi daripada stail ini. Konsep yang semakin menjadi trend ini boleh anda gunakan bagi menaikkan seri rumah kampung anda. Kebiasaannya, konsep Kotej Inggeris ini terdiri dari satu atau dua tingkat rumah, manakala reka bentuk bumbung rumah agak curam dan tinggi. Rumah stail ini turut mempunyai dinding tekstur batu bata dan sebagainya. Jadi, sangat sesuailah sekiranya rumah kampung mengaplikasikan gaya ini. Malah dengan dekorasi dalaman sentuhan ala Inggeris, pasti menjadikan sebuah rumah kampung anda lain dari yang lain! 7 Inspirasi Negara Lain Anda juga sebenarnya boleh menciduk idea rumah negara lain, Jepun misalnya. Barulah menarik sikit, lain dari lain. Reka bentuk kurang bersegi, pintu kaca sorong, lantai kayu dan binaan daripada konkrit mempamerkan pembaharuan dalam reka bentuk seni bina Jepun. Malah, kalau nak jadikan lebih menarik, boleh juga gabungkan dengan bahan berbatu yang pastinya menarik perhatian. Selain itu, Jepun juga terkenal dengan gaya hidup penuh tertib. Seni rekannya pula sering memberi keutamaan kepada fungsi ruang dan keselesaan penghuni. Dan sekiranya rumah anda mempunyai balkoni, anda juga boleh menerapkan konsep Jepun di mana berbaring atau duduk bersila serta bertimpuh sudah jadi kebiasaan. Ditambah pula dengan penggunaan warna sinonim dengan warna negara mahatahari terbit itu seperti kuning, putih, krim dan kelabu pasti menambah seri rumah kampung anda. Apa-apa Pun, Rancanglah Dengan Teliti Kalau anda fikir yang perancangan adalah aspek terpenting dalam ubah suai rumah, betulah tu! Tetapkan dahulu pendirian sama ada ingin membina rumah sendiri atau membeli dari pemaju atau ejen. Kemudian fikirkan konsep yang diinginkan. Setelah anda yakin dengan keputusan anda, tetapkan bajet. Tetapi ingat, jangan berlebihan dan ikutlah kemampuan. Semak dengan pihak bank berapa jumlah maksimum pinjaman yang boleh kita buat jika kita ingin membuat pinjaman serta dokumen-dokumen yang diperlukan. Kemudian, cari idea-idea binaan rumah dengan lakukan sedikit kajian. Dan langkah terakhir, cari pelukis pelan atau arkitek termasuk kontraktor bagi merealisasikan konsep binaan yang kita mahukan. Selamat membina rumah kampung moden idaman! Panduan Relevan 7 Soalan Popular Berkaitan Pewarisan Hartanah Pusaka Di Malaysia 5 Rumah Melayu Tradisional Yang Boleh Dijadikan Inspirasi! 25 Jenis Tanaman Senang Hidup Dalam Rumah Di Malaysia! Bila dah beli atau sewa rumah, dinding memang antara benda pertama kita tengok. Nak cat balik atau nak tampal wallpaper atau nak biarkan warna asal begitu. Ada juga satu lagi pilihan iaitu menghiasnya dengan bingkai gambar dipenuhi gambar keluarga atau poster seni cantik-cantik. Barulah naik seri sikit dinding rumah tu kan? Tak kosong je! Nak lalu lalang tiap hari pun seronok, tetamu datang rumah pun tertarik. Tahu tak yang bingkai gambar ni dah ada sejak Tamadun Mesir lagi, ia ditemui dalam sebuah makam yang dianggarkan dibina pada tahun 50-70 Masihi. Jadi hiasan bingkai gambar ni memang tak lapuk ditelan zaman lah orang kata! Tapi, sebelum nak guna bingkai gambar tu, jom kita tengok dulu cara nak ukur saiz bingkai gambar yang sesuai, barulah tak nampak janggal! Cara Ukur Bingkai Gambar Bingkai gambar atau foto datang dalam pelbagai saiz, biasanya diukur dalam inci, membolehkan anda mengukur dan mencari bingkai paling sesuai untuk gambar anda. Saiz biasa adalah 8 x 10 inci dan 11 x 14 inci. Walau bagaimanapun terdapat banyak lagi saiz yang perlu diambil kira kerana ia berbeza bergantung kepada apa yang anda ingin bingkaikan. 1. Bingkai gambar saiz kecil Untuk gambar kecil, terdapat beberapa pilihan yang ada. Saiz khusus bingkai dalam julat ini termasuklah 3 x 3 inci 8 x 8 cm, 3 x 5 inci 8 x 13 cm, dan x 5 inci 9 x 13 cm. Foto untuk bingkai ini adalah saiz yang biasa dalam fotografi. 2. Bingkai gambar saiz sederhana Saiz sederhana adalah saiz standard. Bingkai ini termasuklah dalam ukuran 4 x 6 inci 10 x 15 cm, 5 x 7 inci 13 x 18 cm, dan 6 x 8 inci 15 x 21 cm. 3. Bingkai gambar saiz besar Bingkai besar biasanya digunakan untuk gambar bersaiz potret. Bingkai ini terdiri daripada saiz 8 x 10 inci 20 x 25 cm, 8 x 12 inci 20 x 30 cm, x 11 inci 21 x 28 cm, dan 9 x 12 inci 22 x 30 cm. 4. Bingkai gambar saiz besar XL Bingkai tambahan ini lebih besar dan boleh digunakan untuk gambar atau hasil seni bercetak. Saiznya termasuklah 10 x 13 inci 25 x 33 cm, 11 x 14 inci 28 x 35 cm, 11 x 17 inci 28 x 40 cm, 12 x 16 inci 30 x 40 cm, dan 12 x 18 inci 30 x 45 cm. 5. Bingkai gambar saiz poster Bingkai saiz poster adalah untuk poster dan lukisan. Saiznya selalu dalam ukuran 16 x 20 inci 40 x 50 cm, 22 x 28 inci 55 x 70 cm, anda juga boleh custom made bingkai ni ikut saiz poster atau lukisan yang anda mahu. 5 Tips Pilih Bingkai Gambar Nak memilih bingkai gambar bukanlah sesuatu yang sukar. Asalkan anda ada keinginan untuk mencantik sesuatu ruang dan sudut. Jadi di sini kami senaraikan beberapa tip yang boleh anda gunakan untuk menyusun bingkai pada ruang dekorasi anda. 1. Pemilihan lokasi Perkara pertama perlu dipertimbangkan sudah tentu melibatkan lokasi yang boleh dijadikan wall of fame di kediaman anda seperti dinding ruang tamu, foyer atau koridor. Sekiranya anda sudah mengenal pasti mana-mana sudut atau ruang, anda sudah boleh mula merancang untuk menggantungkan bingkai gambar anda. Tetapi ingat, jangan bersepah ikut suka hati. 2. Tentukan apa yang ingin dibingkaikan Kedua adalah dengan menentukan apa yang ingin dibingkaikan, sama ada gambar, lukisan, hasil seni, poster atau apa-apa saja. Ini yang akan menentukan bingkai apa yang sesuai. Sesudah anda tahu bingkai apa yang kena dengannya, mudahlah anda mencari lokasi yang tepat untuk bingkai tersebut. 3. Padankan dengan perabot/perhiasan lain Sudah menjadi lumrah, bila nak menghias pastinya anda tertarik untuk mencampurkan dengan perhiasan atau perabot lain. Memanglah tak salah, tapi anda perlu bijak mengimbangi ruang tersebut. Perlu fokus dan tahu apakah yang anda inginkan. Lagi senang jika anda sudah ada tema dalam kepala, misalnya tema kontemporari, hitam-putih, vintaj dan sebagainya. 4. Tentukan warna dan material bingkai Sebelum membeli frame gambar, anda perlu sedikit sebanyak mempelajari teknik permainan warna, agar mereka yang melihat boleh fokus kepada gambar atau lukisan di dalam bingkai. Jika gambar yang dibingkai berwarna cerah, maka bingkai foto yang sesuai adalah berwarna lebih gelap begitulah sebiliknya agar ia lebih menonjol. Kemudian, jika ruang anda bertemakan natural atau semulajadi, bingkai kayu adalah padanan yang sesuai. Jika sudut anda berilhamkan moden dan kontemporari, maka bingkai gambar dari material metal atau aluminium lebih sesuai. Anda juga boleh memilih bingkai gambar yang memiliki warna berlawanan dengan warna utama yang digunakan di ruang tersebut. Ini kerana warna bingkai yang kontra dapat menonjolkan ruangan itu. Untuk memadankan dengan keseluruhan interior ruangan, disarankan untuk memilih warna yang sama dengan sofa atau warna yang senada dengan hiasan lain di sekitarnya. Kami beri anda jadual untuk padanan bingkai gambar dengan gaya dekorasi rumah anda, barulah nampak tak janggal. Emas Dekorasi klasik, Inggeris atau moden kontemporari. Perak Dekorasi industrial, urban dan minimalis. Coklat Dekorasi desa, alam semulajadi atau natural. Hitam Dekorasi klasik, moden, misteri dan dramatis Putih Dekorasi klasik, Scandinavian atau natural. 5. Keseimbangan rekaan bingkai Seperti yang diketahui, bingkai gambar ada pelbagai rekaan dan design. Dari rekaan standard sehinggalah bingkai dekorasi. Belum lagi bercakap tentang bingkai berukir atau motif khas, atau bingkai dengan bentuk tertentu seperti hati, pokok dan lain-lain. Anda boleh memilih bingkai dengan rekaan yang unik untuk dipadankan dengan ruang dalaman yang sedia ada. Namun, jangan lupakan faktor keseimbangan. Khususnya jika anda sudah mempunyai tema yang ingin ditampilkan. Ingat, jangan sampai bingkai gambar terlalu menonjol dan menenggelamkan kisah yang ingin ditampilkan. Jenis Bingkai Gambar & Teknik Dekorasi Jadi bagaimana untuk mengenalpasti bingkai mana yang bersesuaian dengan idea dan konsep anda? Namun sebelum itu, jom kita lihat jenis bingkai yang ada di pasaran Malaysia. Dah tahu, senanglah nanti untuk buat pilihan dan mencari ilham untuk menghias. 1. Bingkai standard Bingkai standard yang minimalis ini adalah bingkai paling biasa boleh dijumpai di mana-mana kedai perhiasan rumah laku keras di IKEA!. Ia datang dalam bentuk segi empat atau bulat tanpa sebarang perincian lain. Bingkai seperti ini lebih sesuai digantung di rumah mahupun di pejabat. Dinding anda pasti tampak seperti sebuah galeri eksklusif. Kebiasaannya bingkainya berwarna solid seperti hitam, putih, emas atau perak dan materialnya kayu atau besi. Ia juga seringkali menggunakan efek gambar-di dalam-gambar. Ini bagi menyerlahkan gambar yang ditonjolkan. Teknik penggayaan Cuba kumpulkan beberapa koleksi bingkai gambar dan susun ikut kreativiti anda. Jangan takut untuk gabung-dan-padan saiz dan warna bingkai yang berlainan. Ini bagi mencipta variasi dan impak visual pada dinding anda. 2. Bingkai terapung Bingkai yang sempurna adalah karya yang bercakap’ untuk dirinya sendiri. Untuk paparan moden yang anggun, anda boleh mempertimbangkan menggunakan bingkai yang dihasilkan dari plexiglass. Bingkai seperti ini boleh disesuaikan pelbagai saiz karya seni mahupun gambar. Kesan terapung moden menambahkan gaya kontemporari pada dinding dengan skema warna menyerlahkan gambar karya seni/gambar menerusi kaca. Walaupun sedikit rumit cara hiasnya berbanding bingkai tradisional, namun hasilnya memang cantik! Anda bukan saja boleh meletakkan gambar atau lukisan tetapi juga keratan surat khabar dan sijil peribadi anda. Teknik penggayaan Bingkai bersaiz 30 x 42" adalah ukuran biasa yang menjadi pilihan, boleh menukar dinding kosong menjadi seperti bilik pameran. Perlukan pemasangan yang rapi, jika tidak rapi, ia boleh tanggal dan rosak. 3. Bingkai kolaj Bingkai kolaj ini lebih kepada teknik yang boleh anda gunakan untuk menghias dinding. Menggunakan bingkai yang standard, anda boleh menghimpun’ beberapa bingkai dan menyusunnya menjadi sebuah kolaj yang menawan. Teknik susunan yang anda boleh cuba termasuklah bentuk lingkaran, menjajar, memanjang dan lain-lain. Saiz bingkai juga boleh berlainan asalkan anda bijak menyusun aturnya. Anda juga boleh mencetak karya atau gambar yang besar dan membahagikan mengikut susunan bingkai. Maka gambar tersebut dilihat saling berhubung dan memberitahu kisah menarik buat yang melihatnya. Teknik penggayaan Pastikan sudut atau ruang dinding di mana anda menggantung semua bingkai tidak berat dengan perhiasan lain yang boleh menganggu fokus. Ingat, less is more! 4. Bingkai dekorasi Bingkai dekorasi adalah antara yang paling diminati ramai. Seperti namanya, bingkai ini bukan sekadar mempamerkan keindahan gambar namun perincian menarik bingkai luarnya. Bingkai gambar ini adakala menampilkan elemen tambahan seperti ukiran, corak malah elemen 3D yang akan menyerlahkan setiap gambar yang digantung. Hadir dengan pelbagai bentuk dan corak, anda boleh memilih bingkai yang anda suka dan padankan dengan kisah’ setiap gambar. Sudut anda itu pastinya akan menjadi lebih menarik. Teknik penggayaan Anda boleh memilih untuk menggantung atau meletakkan bingkai tersebut di atas meja. Jangan memilih bingkai dengan elemen yang berlebihan, nanti akan over shadow gambar atau karya seni yang dibingkaikan. 5. Bingkai kotak bayangan Anda nak pamer sesuatu’ yang bukan lukisan atau gambar dalam bingkai? Bolehlah guna bingkai shadow box atau kotak bayangan. Bingkai jenis ini berfungsi dalam memaparkan sebarang item dalam kaca tertutup yang dipersembahkan dengan gaya artistik untuk menonjolkan selera peribadi. Bingkai jenis ini sesuai mempamerkan perhiasan seni, lencana, pin, pingat, bunga-bungaan kering dan lain-lain. Teknik penggayaan Pastikan anda memilih bingkai shadow box yang mempunyai kedalaman bersesuaian dengan inci item yang ingin anda pamerkan, supaya ia tak bersentuhan dengan kaca bingkai. Nanti kalau kaca retak, dah rugi. 6. Bingkai rak Meja dan rak juga menjadi salah satu lokasi tumpuan yang boleh anda letakkan bingkai gambar anda. Kebanyakan bingkai meja atau table top frames hadir dengan reka bentuk yang tak lapuk dek zaman dengan suntikan ciri moden yang unik. Hanya sandarkan kaki bingkai logam mudah laras di belakangnya, dan letakkan di atas mana-mana meja sudut, rak atau mantel. Jangan letak di atas meja makan pula! Teknik penggayaan Suntikkan elemen peribadi di mana anda boleh letakkan sedikit perhiasan lain bagi mengimbangi ruang tersebut. Tetapi ingat jangan berlebihan pula. Nanti sesak pula ruang tersebut. 7. Bingkai poster Ada antara kita yang gemar mengumpul dan mempamerkan gambar dan lukisan yang bersaiz besar dari kebiasaan, seperti saiz poster iaitu 20x64. Ada yang hanya menampalnya ke dinding dengan menggunakan gam atau pita pelekat, namun anda boleh menggunakan pendekatan lain seperti menggunakan bingkai biasa yang berukuran poster. Menampal poster boleh merosakkan dinding, namun dengan meletakkannya di dalam bingkai bukan saja menjadikan poster anda kelihatan lebih cantik, berkualiti tinggi, terjaga dan eksklusif. Teknik penggayaan Memandangkan bingkai bersaiz poster agak besar dan memakan ruang, anda boleh selitkan perhiasan lain seperti pasu bunga viral, rak dan lain-lain bagi mengisi ruang tersebut. Menariknya, anda boleh memilih untuk menggantung atau menyandar di dinding. 8. Bingkai kanvas Bagi anda yang mengemari lukisan yang dilakar di atas kanvas, terdapat bingkai tersendiri yang dicipta khas untuk menonjolkan karya itu. Lukisan mahupun karya di atas kanvas menawarkan dimensi tersendiri, di mana kebiasannya terdapat sedikit ruang slight float yang memisahkan kanvas dan sudut dalam bingkai bagi menyerlahkan autentik dan perincian kanvas itu. Yang pasti tujuan utama bingkai ini adalah memberikan perlindungan pada lukisan dan menyerlahkannya secantik mungkin. Teknik penggayaan Pilihan bingkai ini adalah subjektif dan harus mengambil pertimbangan berikut Adakah ia untuk dijual atau untuk tatapan saja? Dan adakah ianya hanya untuk dilihat, dan bukan untuk disentuh. 9. Bingkai gambar DIY Selepas anda mengenalpasti saiz bingkai gambar, anda boleh memiliki bingkai idaman dengan bajet rendah. Dengan hanya membeli bingkai biasa di kedai, anda boleh mengecat semula mengikut warna pilihan, seperti perkongsian ini. Bahan-bahan yang diperlukan Bingkai gambarBerusCat warna emas Langkah-langkah Ambil bingkai dan mula warnakan bingkai dengan cat warna emas dengan menggunakan berus yang bingkai, dan sebaik-baiknya catkan dalam beberapa lapisan agar warna tampak kemas dan ia kering untuk seketika. Sedia untuk digantung. Penggunaan bingkai gambar sememangnya disarankan dalam menghias kediaman. Namun, pastikan anda berhati-hati dalam pemilihan gambar, material serta saiz bingkai agar kediaman anda tersebut kelihatan rapi dan cantik. Selamat mencuba! Panduan Relevan 8 Trend Siling & Dinding Rumah Anda Patut Elak! 7 Tips Deko Mewah Tapi Bajet Murah! 20 Warna Cat Rumah Terkini Untuk 5 Ruangan Rumah Anda! Di Malaysia sekurang-kurangnya terdapat lapan jenis dinding rumah yang diguna pakai pada rumah-rumah moden. Pemilihan dinding mestilah dilakukan dengan teliti kerana ia bukannlah seperti wallpaper yang boleh dipasang dan dibuka dengan mudah. Setiap jenis dinding mempunyai kelebihannya masing-masing. Ciri-ciri istimewa yang Mama Siti kongsikan dalam artikel ini boleh dijadikan panduan dalam proses ubah suai rumah Mama. Ayuh kita lihat kelebihan setiap satu dinding. 8 Jenis Dinding Rumah Kontemporari 1 Batu Merah Kredit gambar Freepik Selain memiliki struktur yang kukuh, dinding dari batu bata juga mempunyai fleksibiliti sama ada ingin dibina secara lurus, melengkung atau zigzag. Dalam senibina rumah moden, ia digunakan sebagai komponen luaran yang memberi kelebihan mengurangkan suhu sesebuah ruangan. Nilai estetik yang diserlahkan ialah satu lagi faktor pemilihan dinding batu bata di Malaysia. 2 Batu Kredit gambar Shopee Jenis dinding rumah yang seterusnya diambil daripada idea binaan bangunan zaman primitif. Corak susunannya unik kerana ia tidak mempunyai urutan khas untuk menyusun. Oleh itu, hasil kerja tangan manusia lebih menyerlah. Tambahan pula, sumber binaan dinding rumah ini mudah diperolehi di Malaysia di samping kosnya yang menjimatkan. 3 PVC Kredit gambar ArchDaily Dinding rumah yang seterusnya diperbuat daripada bahan kalis air. Ketahanannya terhadap air menjadikan dinding PVC sesuai untuk dipilih untuk ruangan yang berisiko terkena air seperti ruang makan, dapur dan bilik air. Namun begitu, tiada masalah sebenarnya jika Mama ingin memasang dinding PVC di ruang tamu. Asal saja ia serasi dengan konsep rumah, apa salahnya kan. 4 Jubin Kredit gambar Cari Destinasi Kelebihan mengaplikasikan jubin seramik di ruang tamu adalah disebabkan kosnya yang berpatutan, mudah dipotong dan terdapat dalam pelbagai warna dan tekstur yang menarik perhatian. Jubin yang dicadangkan di ruang tamu ialah Jubin Vitrified Vitrified Vitrified Vitrified Marble Vitrified Batu. 5 Keluli Steel Kredit gambar Pinterest Dinding rumah keluli menjadi pilihan utama bagi kebanyakan rumah kontemporari dan moden. Walaupun kosnya lebih mahal berbanding dinging yang lain, ia lasak sebenarnya bahan yang tahan lasak. Dinding keluli menjadikan rumah Mama kelihatan lebih futuristik seperti dalam filem sains fiksyen. 6 Buluh Kredit gambar Happho Salah satu cara untuk mengambil inisiatif dalam melestarikan alam sekitar adalah dengan menghias dinding rumah dengan buluh. Lebih menarik lagi, menurut kepercayaan Feng Shui’, meletakkan buluh di tempat khusus di dalam rumah dipercayai membawa kekayaan dan tuah kepada penghuninya. 7 Plywood Kredit gambar Pemilihan plywood mungkin boleh dipertimbangkan sebagai dinding idaman Mama. kelebihan yang ditawarkan plywood memberikan penjimatan buat jangka masa panjang. Dinding plywood diakui kuat dan tahan lasak di samping bahannya yang ringan. Plywood yang biasa digunakan sebagai dinding rumah ialah jenis tiga lapis dengan berat kira-kira dua hingga tiga milimeter. 8 Batu Konkrit Kredit gambar Dinding konkrit sebenarnya lebih tahan lama berbanding kayu dan keluli. Ia masih kekal dalam keadaan baik serta tidak reput walaupun terdedah kepada lembapan disebabkan oleh hujan. Dinding konkrit tidak berkarat seperti bahan keluli dan dapat bertahan daripada serangan serangga perosak seperti anai-anai. Kredit gambar Magnolia Ketelitian dinding rumah amat penting supaya ia boleh dipadankan dengan fungsinya di ruangan tertentu. Kebanyakkan rumah-rumah moden di Malaysia menjadikan lapan jenis dinding rumah ini pada kediaman mereka. Semoga Mama dapat membuat penilaian dan memilih jenis dinding yang paling sesuai untuk rumah idaman Mama. Kesesuaian dan ketahanannya perlu diutamakan di samping nilai estetik yang diberikan nanti. Dapatkan rumah idaman Mama dengan pelbagai tips dan inspirasi dekorasi DI SINI. Diyana Moin Penulis eklektik dan kreatif. Komited menyediakan informasi terbaik dan dipercayai. Hari tu kita dah buat senarai rumah banglo mewah selebriti-selebriti kat Malaysia kan? So, kali ni apa kata kita tengok rumah mewah VVIP di Malaysia pulak. Asyik dengar cerita je yang rumah pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli politik ni sangat megah dan mewah, tapi macam tak pernah tengok pun rumahnya. Bila dah jadi nama terkenal, memang hidupnya tak berapa tenang ler sebab semuanya dipantau. Sampai cara suap nasi pun orang nak ambil gambar okay! Dah dah, tanpa membuang masa lagi, mari kita tengok rumah mewah VVIP di Malaysia yang kami berjaya dapatkan gambarnya dari Internet susah tau! 1 Datuk Seri Najib Tun Razak Haaa nama ni sangat femes la sekarang di segala platform dari berita TV, ke surat khabar, sampai lah laman social Facebook. Ramai betul yang masih cerita pasal Datuk Seri Najib, atau lebih dikenali sebagai Najib Razak, ni kan. Bagi yang tak tau, beliau adalah anak lelaki sulung bekas Perdana Menteri kedua kita, iaitu Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. Najib Razak pula bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, dan pernah berkhidmat sebagai bekas Menteri Kewangan. Memang macam-macam kes dikaitkan dengan beliau tapi kita letak tepi la dulu semua tu ya, nak jamu mata tengok rumah-rumah mewah je kali ni. Ni kira isu rumah paling top yang dikongsi online sekarang dan pada yang nak sangat tengok gambarnya, ada la ni tapi dari luar je. Kalau dapat jejak masuk, mesti lagi best kan? Mungkin la terjumpa berlian ke apa kat dalam tu! 2 Dr Mohamad Khir Toyo Khir Toyo ni adalah bekas Menteri Besar Selangor ke-13. 8 tahun jugak beliau jadi Menteri Besar negeri tu dari tahun 2000 sampai 2008. Memang pernah kecoh dengan kes rumah banglo mewah yang katanye terlampau sangat mahal. Orang kata kos rumah tu memang melebihi kemampuannya, orang lain yang kata tau, bukan kitorang! Mau tak nya, rumah yang berada kat Shah Alam tu harganya hampir RM24 juta. Tengok gambar pun dah rupa macam istana tau! Sesiapa yang masih tertanya-tanya macam mana rupa rumah mewah bernilai RM24 juta ni… mari kita usha sikit. 3 Dato’ Seri Haji Mukhriz bin Tun Dr Mahathir Anak ke-5 Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali ni pernah menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia antara tahun 2009 dan 2013. Sekarang beliau adalah Menteri Besar Kedah ke-13 sejak 11 Mei 2018. Rumah Mukhriz ni kami tak dapat nak cari harganya tapi kalau tengokkan gambar, memang terserlah kemewahannya tu. Sangat menarik susun atur dalam rumah ni dan kawasan luar tu nampak luas amat. Bayangkan dapat buat rumah terbuka cam kat bawah ni, tepi-tepi swimming pool lagi! 4 Lim Guan Eng Semua dah kenal ye dengan Menteri Kewangan Malaysia dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang kita sekarang? Kalau nak diikutkan, tak ada cerita sensasi sangat pun pasal beliau, tapi ada jugak ler khabar angin yang beliau membeli rumah pada harga yang lebih murah dari sepatutnya. Murah tak murah, masih dalam jutaan Ringgit harga rumahnya di George Town. Tak adalah cecah sampai RM5 juta pun tapi boleh tahan cantik dan grand rumahnya bila tengok dari luar. 5 Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim Tan Sri Khalid Ibrahim adalah bekas Menteri Besar Selangor ke-14 yang menggantikan Khir Toyo. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Selangor. Gambar rumah beliau yang dikongsi di internet ni katanya berharga dalam RM16 juta, boleh tahan jugak la kan! Tengok luar rumah pun nampak grand sangat dengan rekaan yang ala-ala rumah tradisional tapi moden tu. 6 Tan Sri Abdul Taib Mahmud Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah Mantan Ketua Menteri Sarawak yang ke-4 dan juga Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ke-7. Beliau bukan sahaja terkenal sebagai ahli politik di Sarawak, tapi ramai yang masih lagi cerita pasal kekayaannya. Bukan main cantik lagi rumahnya… dah macam ala-ala duduk kat Miami pulak! Pernah tak tengok rumah-rumah besar dan grand kat tepi persisiran air yang confirm-confirm ada private yacht, macam dalam cerita CSI Miami tu? Haaa macam itulah feelingnya bila kali pertama tengok rumah ni di bandaraya Kuching… tak percaya? Jom tengok kat bawah, kalau tengok video nak sampai rumah ni lagi gempak. 7 Dato’ Seri Dr Anwar Ibrahim Dato’ Seri Dr Anwar Ibrahim ni presiden Parti Keadilan Rakyat PKR dan berkhidmat jugak sebagai Ahli Parlimen di Parlimen Malaysia. Beliau memang ahli politik Malaysia yang boleh dikatakan femes sebabkan pelbagai isu dan kontroversi yang melanda beliau sepanjang berkecimpung dalam dunia politik ni. Kalau bab rumah pulak, pernah keluar kenyataan yang rumah kat Bukit Segambut yang bernilai dalam juta, yang mana masa mula-mula beli dulu, harganya RM juta je. Ada orang yang pernah sampai ke rumah tu cakap yang design banglo nampak simple tapi cukup elegan dan ekslusif. Nak tengok kat bahagian dalam memang tak dapat lah buat masa ni, kecuali anda dijemput sendiri ke rumah beliau. Jadi, kalau dapat jemputan tu, jangan lah tak pergi pulak! 8 Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil Tan Sri Shahrizat ni pernah jadi Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dan juga bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai. Ikutkan beliau jadi femes sebab skandal perniagaan lembu yang memang ramai tak boleh nak lupakan. Dari situ jugak, keluar lah cerita pasal rumah-rumah mewah yang beliau ada. Salah satunya chalet mewah kat Janda Baik bernama Cempakasari. Katanya, kediaman tu memang bak istana kayangan. Dah lah bernilai jutaan Ringgit pastu perabot jati pulak diimport khas dari Bali. Ada jugak khabar berita yang beliau memiliki kondo mewah di Marina Bay Suites, Singapura. Kitorang share je gambarnya kat bawah ni tapi sejauh mana kesahihan cerita tu, kami tak berapa pasti tau! 9 James Jemut Masing Mungkin ada yang tak berapa kenal James Jemut Masing ni, tapi kebanyakan rakyat yang tinggal kat Sarawak memang kenal. Beliau ni Menteri Pembangunan Tanah Sarawak dan juga presiden Parti Rakyat Sarawak PRS. Kediamannya menjadi tanda tanya sebab terlampau mewah dan duduk pulak kat tengah-tengah bandaraya Kuching. Kediaman mewah tu dibina atas tanah seluas dua ekar dan harga pulak sampai RM2 juta. Boleh tahan besar la kan kalau tengokkan gambar tu. Ada jugak tetamu dia bagitau yang bilik-bilik tidur kat bahagian atas rumah semua luas-luas, pastu karpet dan perabot-perabot kulit pulak mahal-mahal jugak. 10 Tun Dr Mahathir bin Mohamad Yang paling last sekali, kami nak share rumah salah seorang ahli politik yang paling bersejarah dalam negara kita. Tak lain tak bukan, Tun Dr Mahathir bin Mohamad! Siapa tak kenal dengan Tun Mahathir kan? Lejen dalam dunia politik bukan kat sini je, serata dunia dah kenal dia. Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 dan juga pernah menjadi Perdana Menteri kita yang ke-4. Hebat kan? Dah cipta sejarah kat tanahair, tak pelik lah kalau rumah kediaman beliau pun mewah kan. Nampak sangat selesa dan inviting sangat rumah beliau ni. Jom kita tinjau beberapa keping gambar yang ada ye. Itu sahajalah gambar-gambar rumah mewah VVIP di Malaysia yang kami dapat kongsikan buat masa ni. Mungkin lepas ni kalau ada lagi gambar yang kitorang jumpa kat internet, boleh lah buat senarai baru pulak.

gambar rumah di malaysia